Monday, 3 September 2012

rindu mereka

Alhamdulillah tahun ini masih lagi bermakna bagi aku .Dapat beraya bersama dengan kawan - kawan seperjuangan di SAMPJ dulu , Sumpah ! Aku rindu sampj ,rndu cikgu ,rindu kelas 5kamil ,rindu suasana dalam kelas ,rindu dekat mak cik kantin ,rindu dekat ustaz omar :) ,rindu semuanya pasal SAMPJ yang sangat comel ni .Walaupun keadaan sekolah ni yang agak  kecil tapi banyak menyimpan kenangan manis untuk aku khususnya

THANKZ SAMPJ !
SERONOK ! SUKA ! GEMBIRA ! SEDIH !

Konvoi raya tahun ini memang sangat sangat sangat sangat seronok ! walaupon tak semua dapat join konvoi ini tapi kesannya sangat menusuk di kalbu .Selepas dua tahun tinggalkan sekolah dan time raya ni dapat jumpe memang suatu perkara yang membuatkan aku berfikir tentang erti persahabatan yang sebenar :) masa inilah  aku dapat nampak dengan jelas kerinduan yang ada dalam diri kawan - kawan aku . Keseronokan yang aku dapat tak dapat digambarkan dengan kata - kata .Hanya Allah je yang tahu :) 

Sekarang semua dah buat hal masing -masing .Yang masih bekerja pun ada tapi  majoritinya semua dah sambung belajar. Ada yang kat Perlis ,ada yang dekat kelantan ,ada yang kat kedah ,ade yang dekat selangor je ..hehe tapi yang nk pergi mesir pun ade .Tahniah la dapat pegi mesir azrol naim bin mohammad arshad . :) aku je yang paling dekat di SMK Bukit Gading .haha


tak tahu nak cita apa lagi da .
kbye )

Monday, 30 July 2012

Beringatlah




Teringat kata-kata seorang ustaz yang bagi tazkirah dekat masjid Merbau Sempak malam tadi   bahawasanya kita selalu lupa yang Allah itu banyak memberi kepada hamba-Nya dari mengambil sesuatu dari hamba-Nya.






Sebagai contohnya diri aku sendiri sekarang ni  selesema teruk sampai nafas pun berbunyi, baru nak tersedar bahawa betapa nikmatnya nikmat pernafasan dalam kehidupan seharian kita. Tampak simple, mudah & remeh sebab oksigen kita tak mampu lihat dengan mata kasar.
Rupe bentuk hidung kita tak mampu lihat pada setiap masa melainkan bila ada kat depan cermin. Kita hirup tanpa perlu tekan button Start & Stop, On & Off. Tapi, disaat bila nikmat bernafas ditarik sedikit oleh Allah, baru kita tersedar. Bila dah ditarik sepenuhnya oleh Allah, itu maknanya kita telah kembali ke alam barzakh..





Seterusnya, nikmat 10sen. Nampak murah, tak berharga & useless kan?
Kalau 10 sen tu ada atas lantai, confirm disapu. Kalau 10 sen tu dalam poket insyaAllah tak terasa. Kalau 10 sen tu dalam purse, kadang-kadang memang tak terperasan pun kehadirannya.
Teringat zaman sekolah menengah. Nak gune public phone, call ibu ayah baru terkinja-kinja nak cari duit syiling kat kantin, kiosk & pinjam kawan pun tak termalu dah. 50 sen, 20 sen & 10 sen tyme tu adalah matawang yang sangat berharga. Jatuh dalam longkang pun sanggup kutip. Tanpa 10 sen, public phone dengan tanpa segan silunya mematikan panggilan yang didail oleh anda. Baru terasa betapa bernilainya sesuatu itu apabila kita berkehendak ke atasnya.


Sekadar renungan bersama :)

Thursday, 31 May 2012

keinsafan hati :)

How lucky are we to have Allah. The Most Merciful & Most Forgiving God =) right?

Kadang -kadang perkara yang lalu menjadi kenangan terindah buat kita semua ,Kini bila usia aku mencecah 19 tahun aku selalu terbayang zaman sekolah rendah yang sangat menyeronokkan , Zaman itulah  di mana kita baru hendak megenal dunia. saat saat itu hendaklah kita abadikan di dalam sanaubari kita agar suatu hari nanti kita mempunyai kenangan manis yang indah  untuk dikongsikan bersama anak -anak dan cucu kita ,,InsyaAllah ,,Apa yang selalu aku harapkan ialah aku mampu menjadi anak yang soleh ,aku mampu menjadi murid yang baik ,aku mampu menjadi sahabat yang baik dan paling penting ialah aku mampu menjadi hamba Allah yang taat akan  perintah Nya , InsyaAllah aku berusaha ke arah menjadi insan yang berguna !
amin ..



entah la ?

Bersederhanalah dalam mencintai & moderatelah dalam membenci.
Sungguh ramai orang yang binasa kerena berlebihan dalam mencintai & sungguh ramai orang binasa kerana berlebihan dalam membenci.
(al-Hasan al-Basri)

Thursday, 24 May 2012

TRANSFORMASI DIRI

Alhamdulillah kini aku rase lebih berguna dan bermanfaat kepada orang lain .. Tanggungjawab dah semakin berat sekarang ni ,banyak perkara yang aku kena lakukan terutamanya dekat sekolah baru aku ni ..walaupun aku tak layak nak masuk UNIVERSITI macam kawan -kawan aku yang lain tapi aku rase bahagia sangat dekat sini ,,mybe ni hikmah dia Allah takdirkan aku jadi pelajar Tingkatan 6 ,,

   And the most thing that make i happy is :

  • Aku dapat kawan kawan yang best . tak sama macam dulu .haha . lagi gila gila kot ..terutamanya budak2 laki , best ! :)
  • Secondly aku aku aku aku merupakan salah seorang Ahli Majlis Tingkatan Enam ! tahniah untuk saya. . Biro disiplin bersama dengan husna dan radhiah ,,
  • Seterusnya ialah aku Pengerusi Kelab Kebudayaan Dan Pencinta Alam ,, 
  • Aku juga merupakan Naib Pengerusi rumah Sukan Merah 
  • Hampir dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang Pengawas ,,tetapi di saat saat akhir aku menolak tawaran tersebut dengan perasaan yang begitu sedih teramat sangat :)
  • Lastly aku mengetuai bacaan doa dalam semua majlis rasmi sekolah :) satu tanggungjawab yang tak pernah aku impikan selama ni ..dulu kat SAMPJ aku baca doa masa perhimpunan mengigil dekat atas pentas tu ..sekarang dah ada kemajuan sikit ..hehehe ..
  • Ada lagi ..aku dapat pengalaman baru mengeluarkan makhluk halus daripada tubuh orang ,,seram mase ini ,,nasib baik kerjasama antara geng 2 aku dapat menewaskan makhluk durjana tersebut ..


Lastly ,kadang kadang semua benda yang kita nak tu tak tentu dapat masa tu jugak ,kadang kadang hasilnya bertahun tahun baru dapat ,,banyakkan bersabar dan sentiasa tabah dalam semua perkara yang menimpa diri ,, hidup mesti diteruskan dan ingat TANGGUNGJAWAB sebagai khalifah dan hamba ALLAH adalah tanggungjawab yang paling berat dan akan diperhitungkan di Akhirat kelak ..InsyaAllah :)

Saturday, 28 April 2012

Friday, 23 March 2012

Kem Waja Diri Tingkatan 6









Alhamdulillah selamat tiba di Pulau Langkawi dan selamat sampai ke Sungai Buloh semula ..
AKu rasa seronok , gembira ,seram ,bimbang , tekanan , sedih ,sumenya aku rase la..dan ak dapat
belajar satu perkara lagi iaitu tentang erti PERSAHABATAN..errr...susah nak explain erti PERSAHABATAN tu .. 
.chewahhh !!maklumlah sebelom pergi kem ni aku tak pernah tegor pon budak2 6A1 ,,tapi selepas kem ni alhamdulillah aku pon da boleh sesuai kan diri dengan dorang..Selain itu aku dapat satu pengalaman baru yang amat menyeramkan  dan menakutkan seumur hidup aku..kan anoy n fikry??we are the ustaz and imam mude .. haha..cukop!!!next aku Bertolak lebih kurang dalam pukol 10.30 and sampai tak tepat tak kurang pukol 6 pagi ..tahniah untuk aku sebab berjaya duduk dalam bas 2 selama 9 jam tanpa rasa bosan ataupon mengantuk!!tahniah dekat anoy wan ngan acap hijau jugak ..hahaha ..mok .acap z ,adam ,yus ,naek bas laen ..kalau satu bas  baru je plan  nak berparty dalam bas tu ..buat gaya -gaya aloha siket mesti gempak! kakaka ... sampai dekat jeti teros menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim iaitu solat subuh dan sarapan ..da settle semua baru naik feri yg padat dengan manusia tu ..time tu agak blur and agak mengantuk  sebab syaitAnnn banyak bergayut dekat mate!

time ini baru sahaja tiba di jeti ..on the way nak pegi MARDI 

posing kejap! hehehe


Sampai kat jeti dalam pukol 9 . sampai sana terus pergi MARDI sebab melawat tempat tu ..sampai kat sana kiteorang diberi taklimat oleh pakcik kat sana ..sumpah BOSAN!!! haha ..Dah selesai dia bagi tazkirah pendek tu kitaorang di bawa naik lory round2 kawasan MARDI tu , .kawasan tu memang besar  and banyak buah  dekat sana  ,buah yang pelik2 pon ade jugak , haha ..kita orang jugak disajikan  dengan buah -buahan yang dipetik dari ladang dekat MARDI tu jugak ...so ak yakin masih segar lagi dan takde penggunaan racun serangga sangat la (kot) heheh..


tengah sumbek time  ni  :)


HAHAHA!! tamat sudah saat -saat kesumbekan aku dekat MARDI tu ..So kami semua teruskan perjalanan ke CABLE CAR ..tempat ni yang aku mengidam sangat nak pergi ..haha ..dulu aku pernah jugak jejakkan kaki dekat cable car ni ..tapi tak naik pon di sebabkan masalah yang tidak dapat di elakkan ..huhu,,kesian ..jadi aku memanfaatkan peluang kali kedua ini untuk menakluki puncak CABLE CAR yang tinggi tu..akhirnye selepas bertarung selama 15 minit dalam kereta bergayut tu bercampur dengan perasaan takut dan seram  aku dapat memenuhi impian aku untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu  Cable car  ..hehehe ..Dekat atas tu tak de ape pon ..awek pon tak ramai ..hmm.yang aku boleh nampak  cuma lautan yang terbentang luas dan pokok -pokok yang hijau belaka..kenapa la aku tak dapat nampak rumah aku kan?ish3.. Perkara paling sedih ialah akuuu akuuu akuuu  err tak berkesempatan untuk main snap2 kat atas ni disebabkan kamera yang nazak ketika itu ..:( rugi rugi ..

                                        Ini awek dekat cable car mcam Ima Sahaja


Next destination is KEMAS iaitu tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam di pulau langkawi ..So badan da penat ,tidor pon tak cukup , kepala da sumbek ,,kami memutuskan untuk mandi beramai -ramai ,,huhu ,,cara ni je yang dapat hilangkan tekanan ,,huhuhu .So malam tu pula after mandi and solat berjemaah kami makan malam dan cikgu bagi kebenaran untuk buat aktiviti sendiri ..so untuk menghilangkan rase sumbek tu kita orang merayau keluar pergi beli barang dengan hanya berjalan kaki ..jauh jugak la nak kena berjalan  and hard to find kedai yang still bukak sebab pukul 9.30 banyak kedai yang dah tutop ..pelik betol langkawi ni?haha ..ok da habis beli barang kita orang pon balik la dorm ..ingatkan da sampai dorm boleh la lepak2 sambil maen gitar pas tu buat party siket tapi sampai dorm je suma cari katil ..ish3 ..tak bujang lansung tidor awal ..haha..




11.3.2012

Second day dekat sini .firstly aku masih lg bernyawa n syukur sangat ..pastu tdor pon lena ..takde gangguan makhluk halus lagi .haha ..So hari kedua pergi ke MAKAM MAHSURI ..dekat sini aku dapat  pengetahuan pasal lagenda mahsuri ni lah .mula - mula agak bosan .tapi dah lame boleh terima la jugak ..tak banyak benda cerita pon dekat sini ..


Fikry Anoy dan Adam

bersama rakan -rakan :)

okay ini anoy ! begaye kau !haha
Terbang ke langit ke tujuh !

Habis di Makam Mahsuri kita orang meneruskan lawatan sambil belajar(kem waja diri) ke Geopark Langkawi iaitu si sungai kilim ..errr..ok pertama sekali best ..kedua seronok ..ketiga mencabar ..keempat tak tahu nak cakap ape .ok tu jew ..hahahaha ..paling penting sekali dekat sungai kilim ni lah aku and the geng dapat record video untuk pertandingan kelab kebudayaan nanti ..harap -harap boleh menang la pertandingan tu nanti..haha ..so dkat sana kita orang di bawa masuk ke dalam gua kelawar yang mana di dalam gua tersebut merupakan habitat bagi kelawar ..cuma yang tak tahan ya bau kencing kelawar tu wangi sangat sangat ! haha, !selepas itu kami diperlihatkan akan satu fosil yang pernah hidup pada zaman dinasour dulu
iaitu fosil tumbuhan yang hidup berpasangan iaitu jantan dan betina. first time aku nampak benda ini dalam idup aku ..haha ..selepas itu kita orang di bawa menaiki bot  untuk pergi tempat burung helang mencari makanan secara dekat ..best jugak masa ni ..seterusnya kami semua pergi "FISH FEEDING' ..dekat sini aku dapat mengenal pasti ikan -ikan yang comel macam ikan pari ..pas tu ikan yang garang macam ikan kerapu  dan lain lain lagi .hahah ..so habis aktiviti dekat sini kita orang pergi pekan kuah untuk SHOPPING! !




ehmm ....huhu
Anoy

masa untuk ber 'SHOPPING pon tiba .. aku tak beli apa pon sebab tak bawak duit yang mencukupi ..huhu..cuma tengok kawan ngan cikgu cikgu shopping je la..kesian dekat aku ..apa yang dapt aku simpulkan mase shopping ni majoriti semua orang ada beli coklat untuk di bawa pulang ke rumah masing masing..haha ..aku pon ade beli jugak tapi da habis masa dalam bas lagi ..tak sempat nak bawak balik doh! haha..ingatkan da sampai rumah nanti  nak bagi adik adik aku coklat tapi aku da setelkan dulu nak buat acano kan??takpe2  aku ada belikan shirt untuk adik adik aku ..kakaka..tapi setakat ari ini aku tak pernah nampak pon dorang pakai baju yang aku belikan tu ..hmm..sob sob..



InsyaAllah kalau ada rezeki lagi aku akan menjekan kaki lagi ke pulau lagenda ini ..bak kata cikgu salina .kamu belajar tingi -tinggi nanti dah ade duit bawak la isteri kamu ke sini pulak ..hahah ..insyaAllah cikgu..


And the most best thing is  aku ngan dia satu kumpulan .. tapi masih tak bertegur sapa sangat .dalam bas pon buat hal sendiri je ..maklumlah orang syok sendiri ..hahaha ..<3 hope satu ari nanti aku dapat masuk dalam hati dia :)

soo bye langkawi ..n welcome STPM  2012