Tuesday, 29 November 2011

bila lelaki jatuh cinta

kali ini post aku agak jiwang..hehehe 



Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.


3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.


4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.


5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.



8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.


10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.


11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.


12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.


13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.


14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.


18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.


19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.


22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Khai dah 100% okie..


23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA


Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…

Saturday, 19 November 2011

kemalangan jalan raya





aku pun tak tahu apa kaitan gambar ni ngan post aku..
hehehe


Hari ini agak memilukan bagi diri aku kerana 
aku telah ditimpa satu musibah yang amat dahsyat 
setelah 5 tahun aku berkecimpung dalam arena pemotoran
akhirnya hari ini aku telah diuji dengan kemalangan yang menimpa aku
sungguh pilu mengenangkannya kembali kerana
aku hanya cuba untuk mengelak 'bongol' berhampiran rumah aku
dan aku terus terjatuh dengan begitu bergaya seperti Valentina Rossi jatuh motor
syukurlah aku tidak melanggar orang lain
ketika itu muncullah seorang pemuda yang boleh dianggap wira kerana 
sudi untuk membantu aku


SELEPAS ITU???
aku terus pulang ke rumah dan mak aku kelihatan begitu risau
kerana melihat wajah anaknya dipenuhi dengan darah..
aku terus mendapatkan Blackberry ak dan menghubungi kamal
ketika itu kamal masih berad di sekolah dan aku memintanya 
untuk membawa aku ke klinik kerana ketika itu aku kelihatan
begitu tersiksa menanggung kesakitan akibat daripada kemalangan itu
kamal tiba dengan lajunya bersama seorang lagi sahabtnya yang bernama khalid
dia memandu kereta bapak aku pergi ke klinik di bandar baru..
setibanya disana aku dirawat oleh seorang doktor wanita yang kelihatan
manis mengenakan baju kurung.hehe..aku tidak merasakan kesakitan
apabila luka aku dicuci dan dijahit oleh doktor itu..ini kerana aku ingin
kelihatan macho didepan doktor yang comel itu..hehe...
Alhamdulillah aku maasih bernyawa dan dapat meneruskan 
hidup di muka bumi ini...




Wednesday, 16 November 2011

inilah detik saat yang aku impikan aku menyarungkan cincin kejari manismu sayang
. Aku mampu sesuatu, Aku meletak percaya, biar aku sakit,
 biar aku didera kerana aku tidak mahu kamu derita.
Terbukti aku perlukan cinta...



x sabar nak kawen sbnrnye...huhuhu

syurga cinta








Awal :Maafkan saya su...Sesungguhnya saya telah jumpai,apa yang dimaksudkan jodoh
daripada Allah,saya nak jadikan yang halal buat saya su,sentiasa berada disisi

saya,susah dan senang,dan sentiasa menemani saya di dunia akhirat dan insyallah
su,cinta sampai syurga...

Haliza :Saya perlukan cinta,kasih dan sayang yang ikhlas,hingga nyawa tercerai dan
jasad,bukan untuk dipermainkan,bukan untuk dipersendakan

Awal: Saya ada impian su,dan impian saya cuma satu,saya ingin hidup semati dengan awak
tapi kali ini,saya benar-benar jujur dan ikhlas su,mungkin cinta saya tidak
seagung cinta Nabi Muhammad kepada Siti Khatijah ataupun tidak sehebat cinta
Zulaikha pada Nabi Yusuf,tapi apa yang saya tahu su,saya perlu awak dalam hidup
saya.

Awal :Suhada,sudi tak awak,sehidup semati dengan saya....








Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.