Saturday, 19 November 2011

kemalangan jalan raya





aku pun tak tahu apa kaitan gambar ni ngan post aku..
hehehe


Hari ini agak memilukan bagi diri aku kerana 
aku telah ditimpa satu musibah yang amat dahsyat 
setelah 5 tahun aku berkecimpung dalam arena pemotoran
akhirnya hari ini aku telah diuji dengan kemalangan yang menimpa aku
sungguh pilu mengenangkannya kembali kerana
aku hanya cuba untuk mengelak 'bongol' berhampiran rumah aku
dan aku terus terjatuh dengan begitu bergaya seperti Valentina Rossi jatuh motor
syukurlah aku tidak melanggar orang lain
ketika itu muncullah seorang pemuda yang boleh dianggap wira kerana 
sudi untuk membantu aku


SELEPAS ITU???
aku terus pulang ke rumah dan mak aku kelihatan begitu risau
kerana melihat wajah anaknya dipenuhi dengan darah..
aku terus mendapatkan Blackberry ak dan menghubungi kamal
ketika itu kamal masih berad di sekolah dan aku memintanya 
untuk membawa aku ke klinik kerana ketika itu aku kelihatan
begitu tersiksa menanggung kesakitan akibat daripada kemalangan itu
kamal tiba dengan lajunya bersama seorang lagi sahabtnya yang bernama khalid
dia memandu kereta bapak aku pergi ke klinik di bandar baru..
setibanya disana aku dirawat oleh seorang doktor wanita yang kelihatan
manis mengenakan baju kurung.hehe..aku tidak merasakan kesakitan
apabila luka aku dicuci dan dijahit oleh doktor itu..ini kerana aku ingin
kelihatan macho didepan doktor yang comel itu..hehe...
Alhamdulillah aku maasih bernyawa dan dapat meneruskan 
hidup di muka bumi ini...




2 comments:

  1. tu tndanya ko x power..... tp part ko cover macho kat dpn dktor wanita tu mmg aq respek.... haha

    ReplyDelete