Teringat kata-kata seorang ustaz yang bagi tazkirah dekat masjid Merbau Sempak malam tadi bahawasanya kita selalu lupa yang Allah itu banyak memberi kepada hamba-Nya dari mengambil sesuatu dari hamba-Nya.
Sebagai contohnya diri aku sendiri sekarang ni selesema teruk sampai nafas pun berbunyi, baru nak tersedar bahawa betapa nikmatnya nikmat pernafasan dalam kehidupan seharian kita. Tampak simple, mudah & remeh sebab oksigen kita tak mampu lihat dengan mata kasar.
Rupe bentuk hidung kita tak mampu lihat pada setiap masa melainkan bila ada kat depan cermin. Kita hirup tanpa perlu tekan button Start & Stop, On & Off. Tapi, disaat bila nikmat bernafas ditarik sedikit oleh Allah, baru kita tersedar. Bila dah ditarik sepenuhnya oleh Allah, itu maknanya kita telah kembali ke alam barzakh..
Seterusnya, nikmat 10sen. Nampak murah, tak berharga & useless kan?
Kalau 10 sen tu ada atas lantai, confirm disapu. Kalau 10 sen tu dalam poket insyaAllah tak terasa. Kalau 10 sen tu dalam purse, kadang-kadang memang tak terperasan pun kehadirannya.
Teringat zaman sekolah menengah. Nak gune public phone, call ibu ayah baru terkinja-kinja nak cari duit syiling kat kantin, kiosk & pinjam kawan pun tak termalu dah. 50 sen, 20 sen & 10 sen tyme tu adalah matawang yang sangat berharga. Jatuh dalam longkang pun sanggup kutip. Tanpa 10 sen, public phone dengan tanpa segan silunya mematikan panggilan yang didail oleh anda. Baru terasa betapa bernilainya sesuatu itu apabila kita berkehendak ke atasnya.
Sekadar renungan bersama :)